Sunday, December 13, 2009

Kenangan di sek men sultanah bahiyah (1994 – 1998)

TINGKATAN 1 (1994)
Walaupun aku masuk ke sekolah ini agak lewat – lebih kurang bulan 4 mcm tu lah….
Tapi… bermula dr detik kemasukan aku itu, aku tau pasti terlalu banyak perkara menarik akan aku lalui bersama teman-teman tersayang ku…………..
1 cengal – mula2 aku kenal JUHAIDA…… sebab, masa aku sekolah rendah aku memang dah kenal ngan dia
Pas tu HARTINI atau panggilan manja dia… TONET… waktu tu aku rasa cam best jer minah ni
Pas tu aku mula kenal ZIFFA ZUBIR, ADIBAH, AZILA (LER), NOR FAIZURA, SHATROHAIZAT, ZATANABILAH, NAD, SHUHAILA CASNEE, NOR SHAZILA (SHIBAM) n ramai lagilah
Minta maaf geng kalau aku silap taip nama hampa atau pun yg aku terlupa taip…
Maklumlah, dah beranak 2 ni, org kata banyak urat putuih….Kikiki…..
Semua ni kenangan masa aku di tingkatan 1, terlalu seronok….
Waktu tu tudung aku pulak besar dari tudung org lain. Tu pun bila aku tengok gambar yg HAILIZ up dlm face book dia…Thanks a lot geng sebab membangkitkan lagi memori masa kita sama-sama dulu…………………
Waktu ni, tak banyak sangat perilaku yg nakal-nakal sebab aku x berani sgt nak tunjuk taring, maklumlah budak baru bertukar… terserlahlah kebaikan nyer……Masuk tingkatan 2, kita tunggu…………………………….


TINGKATAN 2 (1995)
Haaaaa…………………………..Kita bertemu kembali
Ok, masuk tingkatan 2 ni, aku menginap di hostel, maka bertambah ramai kenalanku….
Waktu ni aku masuk sekali ngan INA PANJANG n KU SYAMRAH……
Wah…. Kami dibuli pada minggu orientasi dan aku telah diberi satu kad nama PEKNGA HANGIT…
Memang best giler la. Tapi kalau budak-budak sekarang mesti dah balik ngadu kat mak yg depa kena buli, kan kawan2….tapi hakikatnya, waktu nil ah akan jadi kenangan dan akan kita ceritakan kembali kepada anak2 kita nanti. Memang menarik.
Aku dah mula kenal ramai, aku kenal K-ON (KHAIRULNISAK), YUSNI, YUSNIZA, AKMAL, INA SPEK, LAILA, DIANA, AZWA, ERNIE MELATI, MAHFUZAH (PUJAH), PIJAH dan ramai lagilah…
Dan waktu ni pun tak berapa berani gak nak tunjuk kenakalanku….
Best rupanya bila jadi budak asrama, bagi akulah….
Geng2 yg lain aku x tau lah…….Ok geng, kita berjumpa pada tingkatan 3 lak…..
Yezzzzaaaaaa………………………..


TINGKATAN 3 (1996)
Ewah…ewah….
Dah besaq rupanya anak dara mak ni…
Wah, tahun cabaran sebab nak ambik PMR. Waktu ni mulalah geng2 seangkatan menunjukkan taring….
Aku ingat lagi, waktu tu aku, TONET, PUJAH n sapa lagi ntah…..
Seronok2 beramai2… maklumlah waktu kami ni macam org tak dak zat. Kurus kering (tapi la ni aku dah tembam) bila duduk dalam hostel, depa suka jamu kami ikan bilis….
Ntah camna ntah, ada la dikalangan kami yang bijaksana ini, nak tubuhkan nama group sempena kekurangan zat kami ni
Maka tercipta lah nama group BILIS. Hahahah…. Menarik betul. Kreatif dak?
Tapi… tak berkekalan lama…rasanya dalam seminggu jer kot. Tau sebab apa
Adalah hamba Allah mana ntah yg memang “menyayangi” kami ni, telah menjadi reporter kepada warden kesayangan kami… Pn Shariah. Fuh! Nama itu masih terpahat teguh dalam ingatanku……
Dia pun memanggillah ahli tidak rasmi ini termasuklah aku….
Apa yg dia kata? Ada ker patut, dia kata nak tubuh geng2 lak ni
“ Mcm geng samseng. BILIS…BILIS… MACAM IBLIS…. ASTAGHFIRULLAH…”
Maka terkubur lah nama group tu seperti digonyeh2 oleh gigi dan ditelan ke dalam perut…..
Brrppp! Kenyang………
Adeh….kalau diingat balik memang lawak……..terima kasih cikgu kerana menyedarkan kami…
Pas tu kan,Aku rasa start dr haritu lah warden dah mula target batch kita untuk dijadikan bahan uji kaji.
Pas tu kan, adalah satu masa ni, perbuatan yang dilakukan bersama kakak-kakak senior.
Satu komplot untuk menonton anugerah juara lagu, dan pakatan yg agak dasyat jugak aku rasa
Hahahahah! Memang time tu, tanduk jahat masing2 telah keluar..
Dan akhirnya Berjaya menakluki bilik warden. Fuh! Memang hebat member2 aku ni…
Tapi, seperti dijangkakan… tewas juga dipertengahan jalan.
Macam biasa, ada lah insan2 penyayang yang yang mengasihi rakan2 telah menyampaikan misi ini kepada angkatan warden… hmmm… akhirnya dibuat roll-call. Hehehe, seperti biasa, kita insan-insan terpilih juga yang menjadi sasaran warden-warden….
Hmm… terberhenti lah sekejap aktiviti2 menarik ini
Yer lah, dah sampai masa-masa pecutan terakhir sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.
Maka kami semua pun kembali berperangai sebaik angel… heheheh
Ok.Sekarang masuk cerita bab selepas PMR.
Hahahaha… time ni pun nak tergelak kalau teringat
Paling best bila kawan2 kesayangan aku kena kejut oleh warden2 masa depa tengah seronok bermimpi di dalam kelambu. Ops! Itu nanti dulu. Kita cerita kemudian.
Ok, nak dijadikan cerita, selepas PMR, selalunya, batch2 sebelum kami, selesai PMR, semua penghuni hostel dibenarkan pulang “berehat “ sebentar di rumah dalam 2-3 hari. Tapi, malang sungguh nasib kami semua.
Tak siapa dibenarkan pulang. Dah la tu, kena jadi majlis perbandaran untuk sekolah pulak.
Sapa yg x bengang. Tapi kita ni jenis yang menurut perintah walaupun terpaksa.
Dan aku rasa mula dari detik itu lah masing2 lagi lah mula menunjukkan tanduk di kepala yang semakin membesar. Hahahahaah! (gelak jahat)
Ok. Yg ni aku nak mohon maaf pd kawan2 kalau2 ada sapa2 yg kata aku yg menjadi reporter terhormat pada warden kita CIKGU SALMAH RAMLI.
Pagi tu, semua kawan2 aku memang masing2 liat nak pi sekolah. Aku rasa kalau iman aku x kuat time tu, aku pun memang akan mengikut jejak member2 ku. Tapi, aku menggagahkan kaki ku melangkah ke kelas semata-mata menunaikan tanggungjawab ku sebagai pelajar
Aku biarkan teman-temanku terus dibuai mimpi. Waktu tu yg aku ingat, aku ngan KU SYAMRAH ja yang pi kelas.
Masa aku sampai ke kelas pun dan tinggal 1 minit lg loceng nak bunyi. Rupa-rupanya CIKGU SALMAH RAMLI dah terpacak depan pintu kelas dan meninjau dari jauh. Dia perasan rupanya yg ramai budak2 asrama yang x pi sekolah. Dia Tanya aku dengan suara yang lebut tapi penuh bermakna…….
“NAJIHAH………………., MANA KAWAN2 KAMU……”
Alamak.. mampus aku. Aku pun menjawab dengan selamba, “DEPA SEMUA ON THE WAY DAH CIKGU…”
“YA KA…, KA DEPA SEMUA MALAS NAK MAI…” aku pun diam ja.
Yer la kawan-kawan, takkan hampa x pikiaq, kelas kita (yg aliran arab) kan ramai budak2 asrama. Kalau hampa semua x pi sekolah, mesti cikgu perasan punya. Adehhh…
Hari tu lak, ada ceramah dari jabatan mana ntah, aku pun x ingat. Khas utk budak2 lepasan PMR. Masa kami tengah seronok dengar ceramah( mengantuk sebenarnya), aku Nampak sekumpulan geng2 yg aku kenai dar jauh.
Dengan kelam kabut nya berjalan.
Rupa-rupanya geng2 warden buat serbuan ke atas member2 yang sedang dibuai mimpi. Adeh….
Aku nak tergelak pun ada, sedih pun ada, takut pun ada.Yer la, mesti hampa kata aku yg jadi reporter besar punya kat cikgu…Tapi yg best nyer, semua muka baru bangun tidoq. Cuba bayangkan
Memang lawak lah….
Semua tu antara kenangan terindah yg masih aku ingat sampai hari ni
Terbayang waktu tu… ADIBAH, K-ON, PIJAH sapa lagi ntah… tapi yg pasti ramai jugak la…
Tamat kisah di tingkatan 3. Satu perjalanan panjang sepanjang tahun tersebut yang penuh gelak tawa, senyum, tangis dan macam-macam rasa lagilah.
Untuk semua geng.. aku sayang hampa….
KITA ENJOYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!


TINGKATAN 4 (1997)

Apa yang menarik agaknya kan…..
Banyak jugak, tapi yang sedih bila ramai kawan-kawan yang dah mula berpindah ke sekolah-sekolah yang lebih baik. Sebab bila dah dapat result PMR dengan baik, masing-masing dah mula merangka-rangka kerjaya masa depan dengan berpindah ke sekolah yg sesuai dengan aliran yg masing-masing minati.
Tak apa… asalkan semua member2 ku Berjaya, dan menjadi insane berguna suatu hari kelak.
Bermula perjalanan hidup sebagai pelajar pada fasa yang baru. Meningkat sedikit remaja dan masing-masing mula menunjukkan kematangan. Yang tak matang lagi, aku rasa akulah kot… hehehe…
Still nak seronok lagi. Bak kata orang masa form 4 ni lah honeymoon year.
Hmm.. bagi aku lak, aku rasa aku ni makin nakal. Mana tak nya, masa tingkatan 4, ada la sorang ustaz ni dia minta ketua kelas kami jual nasi lemak bagi pihak dia. Memang lazat berkrim nasi lemak dia. Sodap. Memang laris.
Tapi aku ni nakal sikit. Termasuk lah ketua kelas aku, sapa lagi, JUHAIDA……apa projek kami?
Jeng…jeng…jeng……
Kami buka nasi lemak siap2, letak dalam laci meja, siap ngan sudu….
Ha… kami makan time cikgu mengajar.
Mana tahan beb, aromanya menusuk perut ku. X sempat makan pagi, time cikgu ngajar kami melantak. Buruk bebenor…. Heheheh….
Bukan setakat tu jer, time “faveret” aku satu lagi time kelas sains. Cikgu cina tu. Apa nama ntah.
Disebabkan cikgu tu terlampau baik, ha….. apa lagi, naik tocang lah kami. Ada yg baca buku cerita bawah meja makmal. Ada yg bawak nasi lemak bawah meja. Yg paling best, ada yg suka buat taik mata..
Sapa tu? Shhhh!!!!!!!!!!!!!!!! Jangan tegur lagi… heheheheh…………………
Yg tu aku tak mau bocor rahsia….
Tapi, yg lena tu lah yg paling cerdik dlm kelas… heran aku.
Nak-nak bila time ustaz azizan ngajar. Subjek tu bahasa asing. Dia leh lena. Kita yg celik terbuntang bijik mata pun x paham, ni yang lena boleh jawab. Fuh! Memang hebat kawanku ni. Sampaikan PAK JAN (nama manja USTAZ AZIZAN) pun heran… tahniah KAK CHAH (SANISHAH). Ops! Terlepas sudah….. hehehe.. jgn marah aaa...
hmmm.. waktu ni lah aku rasa geng2 asrama jugak semakin aktif.
masing-masing mula tunjuk bakat. apa lagi DIKIR BARAT la...
walaupun aku tau ada orang tak suka tapi bagi aku, alhamdulillah... dengan adanya team dikir barat ni kita pun dah mula rapat dengan cikgu shariah. dia pun kalau marah kat kita tak lah over sgt... hehehe...dan jugak tak terover rasanya andai aku kata team ini jugak la yg telah mengharumkan sedikit nama sekolah kita walaupun tak sampai ke peringkat yang tertinggi..... syabas kawan-kawan...
sebenarnya banyak lagi kenangan aku...
tapi lenguhlah tangan nak taip.
nanti lah
cari idea 3 hari 7 malam...
aku sambung balik. kot2 ada kawan2 nak tambah silakan....

Wednesday, November 18, 2009

tahniah HUSNA....





"gambar dengan husna n hannan masa hari konvokesyen tadika husna....... seksinyer adik.......opppppppppssssss!"

assalamualaikum..
hari ni jihah cuti sebab my lovely hubby demam...
ok, kita dah masak awal2 lepas hantar husna ke tadika dia
hari ni last dia ke sekolah sebab esok tadika dia buat rombongan ke Penang...
teruja gak nak p rombongan tu, bukan apa.... teringin nak gi jln ramai2 ngan anak-anak tadika..... jihah ajak mas kawan dari sarawak (satu opis) sebab dia firsttime nak g penang.....

hmm....
ok, back 2 da topic....
tahniah husna...
mama bangga husna berjaya mengharungi kelas tadika husna sekali lagi....
next year husna mesti belajar bersungguh2 lagi tau....
bukannya apa, sebab husna nak masuk sekolah cina... so, husna mesti pulun ....hehehe, bahasa org kedah...

alhamdulillah
masa tadika 4 tahun husna dpt nombor 5 (penggal 1) pas tu nombor 3 (penggal 2)
dan masa 5 tahun ni dpt nombor 2 (penggal 1) dan nombor 1 (penggal 2)
mama harap husna dapat memaintainkan kerajinan husna tu......
insyaallah...
di samping doa mama untuk husna setiap hari....









ni gambar masa konvokesyen dia tempoh hari 13.11.2009........

dia pakai baju tu sebab ada persembahan tarian..........
meriah gak



yg di atas ni lak, gambar kawan dia yg bakal menjadi sahabat baik dia bila di tahun 1 nanti sebab mereka berdua ni nak ke sekolah rendah yg sama...... comel jehan..... pandai bergaya..... little princess la katakan...

ok la..... buat anak2 yg tersayang..
ingat.. ilmu itu penting..... x semestinya dapat nombor satu tu akan jadi pandai sampai bila2
yg penting..... ilmu itu harus digunakan ke arah yang betul dan berguna...... ingat.....
mama sayang husna n hannan....
bye...

lamanya x update blog.....

assalamualaikum buat kawan2 yg sudi membaca blog ni....
hai semua..
lamanya jihah x masuk blog ni.....
teringat tu memang teringat nak update blog...
tapi tiada kesempatan.....
banyak perkara menarik yg terjadi selama x buka blog ni
hmmmmmm... apa ek...
yg paling best...
jihah dah masuk rumah baru n husna dapat best student dlm kelas dia...
ok
kejap lagi jihah cerita
apa2 pun terima kasih la kepada rakan2 yg sudi membaca blog ni...
i love u all....
bye..............

Monday, April 13, 2009

nabil ahmad... kau memang best.....





nabil....
memang dah agak dah hang akan menang....
hang memang best la....
dengan watak hang yang selamba badak walaupun hang x sebesar badak...
apa2 pun nabil, moga2 dengan anugerah yg hang dapat, rezeki hang akan semakin bertambah, semoga menjadi artis contoh dan tak lupa diri..
selagi hang buat kerja yang baik dan betul, aku akan setia menjadi peminat dan penyokong hang...
kalau hang kawin ngan Irma, macam best jer aku tengok...
semoga hubungan hampa akan semakin akrab dan diberkati.....

Monday, March 30, 2009

HATI DI DALAM SIAPA YANG TAHU...

hmmm....

sedih, geram, kecewa dan macam-macam perasaan yang bercampur baur...
frust sangat.....
tak tahu nak luah pada sapa....
mungkin bila dah lepas geram ni, lega sikit kot..
harap2 begitu la....
tak tahu dah apa lagi perkataan yang sesuai nak diucapkan pada hari ni....
sedih sangattttttt...........

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
rasa nak menjerit biar satu dunia dengar....

hmm....
sabar...sabar....sabar.....

Saturday, February 28, 2009

SOMETHING NEW....

assalamualaikum....
inilah post yg pertama untuk tahun 2009....
apa kabaq semua....
sebenarnya jihah baru jer habih kursus...
KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB...
best rupanya...dan tak rugi bila kita belajar sesuatu yg baru dan diluar bidang kita..

sebenarnya dah lama teringin nak belajar benda ni tambahan pulak hubby jihah memang cukup terer la dlm bidang ni...
kadang2 tak seronok bila kita tak paham apa yang hubby kita dok wat kerja...
so..dgn menghadirkan diri ke kursus seperti ini, sekurang-kurang nya jihah boleh faham apa yang hubby jihah dok buat kerja selama ni....
menarik,tertarik dan memang da bomb...
walaupun tak se'expert' orang yang expert...(ayat apa ni....????) sekurang-kurangnya kalau nak buat web site sendiri dah dikira boleh.... x perlu nak susahkan orang....
nampaknya ada peluang nak wat bisnes.......

hmm..... buat member-member sepanjang KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB di INTAN WILAYAH UTARA (22 februari 2009 - 26 februari 2009).....korang memang best..
kalau dah ada web sendiri jgn lah lupa roger2 kat jihah....
dan disebabkan menghadiri kursus tersebut banyak yang jihah paham dan boleh diaplikasikan ke dalam blog jihah ni.....
memang best la......

ok.
bersua kita lagi di lembaran yang akan datang....
salam sayang buat semua kawan2....

Sunday, November 9, 2008

PETUA TAHAN LAMA... penting... sila baca...

Petua ini amat sesuai diamalkan sama ada anda sudah berkahwin mahu pun yang masih `solo’

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2009. Wah…tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…

PAKAIAN
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah…

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah……!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:
untuk BERTAHAN LAMA BERKAWAN……
……………sentiasa terbuka dan rasional…dan bergurau
selalu…dan keep
in touch…