salam buat rakan semua...
raya datang lagi... tapi kali ni turn beraya di rumah mentua...
sedih jugak la sebab 2 tahun dah rasanya beraya di rumah mak jihah sendiri.
tapi nak buat camna, kita kena la hormati keputusan suami... sebab dia dah bagi peluang sebelum ni...
cuma sedih la kan, kalau boleh dpt peluk mak ayah kita pada pagi raya pertama mesti best....
hmm.. tak pa la, kita salam raya sebelum balik ke rumah mentua...
apa yang seronok time2 raya ni ek?
kalau jihah seronok tengok anak-anak pakai baju baru.
raya ni la masa kita nak jumpa sanak saudara. maklum la semua cuti kan.habis raya nanti entah bila la agaknya nak jumpa lagi kan...
sejak jihah dah kawin ni, setiap tahun mesti kami beraya di kelantan. selalunya raya ke 3 kami ke sana. melawat keluarga adik ipar. dah rasa mcm keluarga sendiri dah. kalau kami lambat jer ke kelantan mesti depa call tanya bila nak pi rumah depa. rasa cam mak sendiri lak.
tahun ni pak din (my hubby la....) kata nak gi jln2 ke terengganu dan kuantan.
fuh! sakan nyer planning dia...
apa2 pun x mau mengharap sebab setiap kali raya dia mesti demam. makan banyak sgt ketupat ngan rendang daging kot...
hmm..
apa2 pun kita ikut jer. dia yg nak jadi driver kan...
hehehehe...
jom la kot2 ada member2 nak join konvoi sekali. kita cuti2 malaysia....
ok semua...
buat kawan2, jihah nak ambil kesempatan ini
nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR & BATIN...
semoga di lebaran kali ini membawa 1000 keberkatan dan keceriaan dlm hidup kita.
maaf sekiranya ada terkasar budi terlanjur bicara selama kita semua bersama.....
kalau yg nak balik jln jauh tu, mcm kak su, kak minah, suryati n member2 yg lain berhati2 la... ingatlah org yg tersayang.
pesana ini dibawakan khas oleh JKJR...
heheheheh...
semoga bertemu kita di lebaran ini....
salam sayang buat semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment